Puasa Enam Hari di Bulan Syawwal

October 13th, 2008 by az82

          Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud) : “Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dan meneruskannya dengan enam hari di bulan Syawwal, maka (pahalanya) seolah-olah berpuasa selama setahun” (Hadis riwayat Imam Muslim. Kitab Puasa). Hadis ini menjadi hujjah kepada para ulama khususnya dan umat Islam seluruhnya untuk mengamalkan puasa sebanyak enam hari di bulan Syawwal selepas berjaya menempuhi bulan Ramadhan dengan berpuasa sebulan penuh.

          Sebenarnya puasa enam hari ini mempunyai beberapa hikmah yang tertentu dari sudut kesihatan manusia itu sendiri. Puasa selama sebulan penuh di bulan Ramadhan antaranya menyebabkan sistem percernaam di dalam badan berehat seketika di waktu siang selama sebulan. Kedatangan bulan Syawwal pula menyebabkan seolah-olah ia mengalami kejutan dengan diberikan tugas mencerna pelbagai makanan pada hari raya dan hari-hari selepasnya, apatah pula amalan masyarakat kita suka mengadakan kenduri pada musim-musim perayaan. Pada hari raya, ia mencerna pelbagai jenis makanan bermula dari ketupat rendang sehinggalah kepada nasi minyak. Oleh kerana itulah, puasa enam ini memberikan ruang kembali kepada sistem pencernaan badan untuk berehat dan bertugas secara beransur-ansur untuk kebaikan jasmani manusia itu sendiri.

          Selain dari itu, sebagai manusia yang menjadi hamba kepada Allah SWT, alangkah baiknya seandainya amalan puasa yang diwajibkan ke atas kita di bulan Ramadhan ini kita teruskan juga di bulan Syawwal walaupun sekadar enam hari. Ini seolah-olah menunjukkan bahawa kita tidak melakukan ibadat puasa semata-mata kerana ia menjadi satu kewajipan tetapi kerana rasa diri kita sebagai seorang hamba yang benar-benar bersunguh-sungguh untuk taqarrub kepada tuhannya. Bukankah ibadat puasa ini mengikut hadis sebenarnya mengekang nafsu syahwat?

          Di dalam hadis tadi, Rasulullah SAW menyatakan bahawa puasa enam hari selepas bulan Ramadhan akan diganjari pahala seolah-olah berpuasa selama setahun. Para ulama menghuraikan rahsia di sebalik ganjaran tersebut dengan mendatangkan dalil bahawa setiap amalan kebaikan manusia akan diganjari sebanyak 10 kali ganda. Puasa 30 hari di bulan Ramadhan diganjari sebanyak 300 hari, manakala puasa 6 hari di bulan Syawwal pula diganjari dengan 60 hari. Jika dikira jumlahnya ialah 360 hari, ia hampir menyamai jumlah hari di dalam setahun sebanyak 360 hari! Subhanallah. Dan sesungguhnya Allah berhak untuk memberikan ganjaran sebanyak mana yang dikehendakiNya.

          Di antara persoalan yang sering timbul sekitar puasa enam ialah adakah harus menggabungkan di antara dua puasa iaitu puasa qadha’ dan puasa enam hari di bulan Syawwal. Adakah diganjari dengan kedua-dua pahala tersebut dengan pausa yang satu? Syeikh Atiyyah Saqr, mantan Ketua Lajnah Fatwa Al-Azhar ketika ditanya tentang persoalan ini menyatakan bahawa sudah cukup bagi seorang yang ingin melakukan puasa qadha’ dan puasa enam dengan berniat puasa qadha’ dibulan Syawwal, dan ia akan diganjari dengan dua ganjaran sekaligus seandainya dia bertujuan demikian dengan syarat dia perlu mendahulukan niat puasa qadha’ terlebih dahulu. Ini adalah kerana puasa qadha’ adalah wajib dan puasa enam adalah sunat.

          Kebanyakan ulama Syafi’iyyah berpendapat bahawa ganjaran puasa enam tetap akan diperolehi apabila seseorang berpuasa qadha’ sekalipun ia tidak berniat menggabungkan kedua-duanya, namun pahala yang diperolehi kurang daripada seorang yang berniat kedua-duanya. Di dalam kitab As-Syarqawi ‘Alat Tahrir yang dikarang oleh Syeikh Zakaria Al-Ansori dinyatakan bahawa jika seseorang berpuasa qadha’ yang tertinggal di bulan Ramadhan atau bulan selainnya, atau puasa nazar atau puasa sunat yang lain di bulan Syawwal, maka ia akan tetap diganjari dengan pahala puasa enam sekalipun ia tidak berniat bahkan jika ia tidak mengetahui sekalipun tentang puasa enam. Ini adalah kerana ia telah mencapai maksud hadis Rasulullah SAW agar berpuasa di bulan Syawwal. Namun, pahala yang diperolehi tentulah kurang daripada orang yang benriat kedua-duanya sekaligus. Beliau mengambil contoh solat tahiyyatul masjid, jika seseorang memasuki masjid dan terus melakukan solat fardhu bersama jemaah atau berseorangan, maka dia akan diganjari dengan dua pahala sekaligus iaitu bersama pahala solat tahiyyatul masjid. Ini adalah kerana maksud solat tahiyyatul masjid ialah seseorang bersolat selepas memasuki masjid sebelum ia duduk.

          Namun, kebanyakan ulama berpendapat bahawa sekalipun pahala puasa enam bersama puasa qadha’ akan diganjari bersama-sama puasa yang satu, seseorang yang melakukan kedua-duanya secara berasingan tetap akan mendapat kelebihan yang banyak di sisi Allah SWT. Ini adalah kerana sebagai seorang hamba yang tunduk kepada Allah SWT, memperbanyakkan amalan taqarrub dengan memisahkan di antara yang menjadi kewajipan dengan yang menjadi galakan tentulah lebih menunjukkan kesungguhan diri sebagai seorang hamba mencari redha tuhannya.

          Persoalan seterusnya, bagaimanakah jika seseorang khususnya wanita ingin berpuasa secara berasingan di antara puasa enam dan puasa qadha’, yang manakah yang sewajarnya didahulukan? Adakah di dalam kes ini kaedah mendahulukan yang wajib dipakai? Syeikh Jaafar Ahmad Tolhawi iaitu salah seorang ulama AL-Azhar menyatakan, puasa enam seharusnya didahulukan kerana ia hanya boleh diamalkan di dalam bulan Syawwal sahaja. Adapun puasa qadha’, seseorang itu bebas melakukan di dalam tempoh 10 bulan berikutnya sebelum tibanya bulan Ramadhan yang akan datang. Ini bertepatan dengan amalan Ummul Mukmin Aisyah RA yang berpuasa qadha’ di bulan Sya’ban dan diperakui oleh Rasulullah SAW dan dikira sebagai sunnah taqririyyah. Namun, jika ia menggabungkan kedua-duanya sekaligus, ia juga diharuskan.

          Sebagai kesimpulan, marilah kita sama-sama melakukan ibadat puasa enam yang digalakkan oleh Rasulullah SAW ini. Samada ingin menggabungkan puasa enam dengan puasa yang lain atau ingin melakukannya secara berasingan, itu terpulanglah kepada diri kita sendiri berdasarkan kemampuan yang ada pada diri kita. Apa yang penting ialah kita ingin ia menjadi saksi di hadapan Allah SWT nanti sebagai tanda bahawa diri ini benar-benar ingin mencari dan memburu keredhaanNya.  Semoga kita dimasukkan di dalam golongan yang mendapat kejayaan dunia dan akhirat. Amin.

 

Ahmad Fadhli bin Shaari,

Kuliyyah Dakwah Islamiyyah,

Universiti Al-Azhar, Kaherah.

24 November 2003 / 30 Ramadhan 1424

catatan : pendapat Syeikh Atiyyah Saqr dan Syeikh Jaafar Ahmad Tolhawi dirujuk di dalam laman web www.islamonline.net

selamat hari guru…

May 21st, 2008 by az82

16 Mei, hari guru. tanpa guru, siapalah kita. selepas ibu, bapa, penjaga.. guru memainkan peranan utama dalam hidup kita sebagai seorang manusia. aku yakin, tak ramai yang masih ingat pada guru yang pernah mendidik mereka. tapi aku, walaupun taklah seingat mana, masih boleh ingat lagi wajah guru yang pernah mendidik aku. malah, ada juga nama mereka yang masih lagi aku ingat walaupun samar-samar.

Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Tasik, Ampang, Selangor :

Darjah 1 Melati - 1989 : guru kelas : Puan Rasiah Samad - aku memang ingat lagi wajahnya, seorang guru yang lemah lembut, yang melantik aku menjadi penolong ketua kelas, ada anak lelaki bernama Azril Azmin, juga sama kelas dengan aku.

Darjah 2 Melati - 1990 : guru kelas : Puan Hamsiah - wajahnya pun aku masih ingat, rambutnya kerinting, ada lesung pipit, yang membiarkan aku kekal sebagai penolong ketua kelas, ada anak perempuan bernama Nor Arina, kelas sebelah aku, pun rambut kerinting macam emaknya.

Darjah 3 Melati - 1991 : guru kelas : Puan Wan Nor Fasidah - inilah satu-satunya guru yang tak akan aku lupa, sebab.. guru yang paling garang pernah aku jumpa, suka mendera, bukan setakat anak murid, anak sendiri pun kena dera, sebab dia juga jiran aku, malah aku sebagai penolong ketua kelas pun kena jugak, kena tarik ’sideburn’ pasal salah jawab ‘homework’, salah satu soalan je pun.. sampaikan aku cari maksud nama dia dalam buku nama, memang maksud yang tak baik, kesian Puan Wan..

Darjah 4 Melati - 1992 : guru kelas : Puan Julia - pun seorang guru yang lemah lembut, senyum manis, bertudung labuh, baju dia mesti warna hitam atau coklat atau kelabu, tak pernah nampak dia pakai warna lain, keluar dari sekolah mesti tutup separuh muka (purdah), yang telah melucutkan jawatan aku sebagai penolong ketua kelas untuk 3 tahun berturut-turut, sebab aku pun dah tak larat..

Darjah 5 Raya - 1993 : guru kelas : Hajah Zaharah - aku kurang pasti nama dia, tapi ingat lagi wajah dia, mengerjakan haji semasa mengajar kami, tempatnya digantikan oleh guru besar, balik dari haji, hadiahkan semua pelajar perempuan gelang Mekah, aku pilih warna hitam, tapi dah hilang.. pelajar lelaki pun dapat hadiah juga tapi aku tak ingat apa dia..

Darjah 6 Raya - 1994 : guru kelas : Hajah Halimah - aku pun kurang pasti nama dia, tapi ingat lagi wajahnya, pernah terserempak dengan dia kat Ampang Point tahun 2002, dia pun terkejut sebab aku ingat lagi pada dia, bukak butik kat Ampang Point, tapi setahun kemudian aku dah tak jumpa butik dia, mungkin dah tutup, guru yang sangat dedikasi, mengajar kami dari pukul 6.30 pagi hingga 2 petang, memberi latihan sehingga tak cukup fotostat kertas jawapan 1000 helai, berkat mengajar sampai aku dapat 100% matematik setiap kali exam (top 10 dalam sekolah)..

Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Seraya, Ampang, Selangor :

Tingkatan 1 Raya - 1995 : guru kelas : Puan Rohana Naharani - senang nak ingat nama dia sebab ingat Maharani, kecil molek, suara nyaring, sebut s macam sh, tapi tak banyak sangat kenangan aku dengan dia..

Tingkatan 2 Setia - 1996 : guru kelas : Puan Zaitun Zaindeddin - ni lagi sorang guru yang unik nama ayahnya, sebutannya Zainudin, rendah tapi berisi, muka bulat, suka tersenyum, musuh aku masa tingkatan 1 sebab tuduh aku curi buku teks pinjaman, tapi bila dah ditakdirkan jadi guru kelas aku, kami terus berdamai, malah jadi rapat bila aku diundi jadi penolong penghulu (penolong ketua kelas), pun guru rumah sukan kasturi (biru), selamba angkat aku (dukung) sebaik saja aku diumumkan olahragawati kelas 3, malu sioott..

Sekolah Menengah Kebangsaan Damansara Jaya, Petaling Jaya, Selangor:

Tingkatan 3 Kempas - 1997 : guru kelas : Puan Gauri - aku kurang pasti nama dia sebab nama Gauri ni pun nama manager aku masa aku kerja Pizza Hut dulu.. suka pakai punjabi suit, yang mula-mula sedar muka aku pucat nak pitam sebab baru lepas kena injection kat sekolah (injection kancing gigi kot), terus dia papah aku dan dudukkan aku, tu je la yang aku ingat pun..

Tingkatan 4 Mersawa - 1998 : guru kelas : Puan Nordian - aku kurang pasti nama dia dan kurang pasti sama ada dia guru kelas aku waktu tu atau tingkatan 5 saja sebab semua pelajar dah tetap duduk kelas sama bila naik tingkatan 5, tak ingat la pulak kalau guru tak sama, tak banyak kenangan aku waktu tu..

Tingkatan 5 Mersawa - 1999 : guru kelas : Puan Nordian - aku memang pasti dia lah guru kelas aku cuma nama dia masih lagi kurang pasti, guru yang selamba suruh aku bawak bantal, selimut dan ubat nyamuk kalau nak tidur dalam kelas, hehehe.. guru yang memang penyabar sebab waktu tu rakan sekelas aku majoriti suka ponteng dan tak nak belajar walaupun nak SPM, sebab mereka suka belajar tuisyen, guru yang tak faham macam mana aku boleh skor BM walaupun selalu tidur dalam kelas, guru yang sentiasa risau dan nasihat aku supaya berhenti kerja Pizza Hut sebab nak SPM, guru yang terkejut macam mana aku boleh dapat pangkat 1 SPM sedangkan tak pernah tengok aku belajar dalam kelas sebab asyik tidur je, hehehe.. dan aku tak pernah jawab semua persoalan tu kat dia sampai dia malas nak layan aku..

Sekolah Menengah Kebangsaan Taman S.E.A., Petaling Jaya, Selangor:

Tingkatan 6 Bawah 2 - 2000 : guru kelas : Puan Maimunah - yang paling senang nak ingat namanya sebab sama nama dengan mak aku, seorang guru yang penyabar, cuma bila dia ajar Ekonomi, paling aku tak faham bab kelok-kelok tu, tak tahu la kenapa, tapi tak banyak kenangan aku dengan dia sebab aku belajar tak sampai setahun pun..

Cosmopoint Institute of Information Technology, Kuala Lumpur:

Diploma in E-Secretaryship - 2002-2004 : guru kelas : Puan Chandrika & Puan Ceceilia Pereira - kedua-dua guru ini sahabat baik dalam kolej, kalau salah seorang tak hadir, akan diganti dengan salah seorangnya, sama-sama bertubuh besar, sama-sama mengajar apa saja subjek untuk kesetiausahaan, sama-sama dedikasi dan baik hati, sama-sama mengambil berat hal ehwal pelajar, senang cerita banyak persamaannya..

itu sajalah kisahnya tentang guru-guru yang pernah mendidik aku. tak akan aku lupa sampai bila-bila. selamat hari guru, Cikgu dan Madam,  semoga mendapat keberkatan dunia akhirat.

Nur Azmina binti Mohd Azmi

March 14th, 2008 by az82

Setelah didesak beberapa kali oleh kengkwn, maka kt sini aku nk citer skit la psl anak aku yg comel montel tu. Nama dia Nur Azmina binti Mohd Azmi, nama timangan Mia @ Min. Sejarah nama Mia dtg drpd anak buah suami aku yg baru brumur 10 bln (waktu tu). Kami ajar dia sebut Min tp Mia yg disebutnya. Melekatlah nama Mia dlm fmily suami aku. Tp fmily aku still pnggil Min. Lahir pd 28 Oktober 2007, jam 11.20 mlm, di Hospital Sg Buloh, seberat 2.85 kg. Ramai yg ckp nama Nur Azmina tu msti psl gabungan nama aku ngn suami aku. Kebetulan.. Masa aku ngn suami aku tgh dok cari nama yg sesuai dlm buku panduan nama-nama anak ni, trjmpa la plak nama Nur Azmina. Kami pn jd teruja la sekejap psl x sngka ada gak nama gabungan dr nama kami yg brmaksud ‘cahaya keazaman (kami)’. Waktu tu, kami pn x tau lg jantina baby sbb tiap kali pegi scan, asyik x nmpk je. Jd, kami pn siap sedia la dgn 2 nama sekaligus, utk baby laki & pmpuan. KeputusanNya, Nur Azmina yg lahir. Sejak lahir lg, Nur Azmina x bnyk mragam. Kalu dia mnangis pn, xlah sekuat baby lain yg aku dgr kt hsptal tu. Tp kalu skali dia mragam, suara dia la yg paling kuat skali. Hehehe.. Masa baru lahir, ramai ckp muka dia mcm muka suami aku. Tp la ni ada gak yg ckp mcm muka aku. X kisah la mcm muka sape, dia ttp comel. Skrg ni mcm2 dia dh boleh buat. Paling sronok kalu dia bngun pagi, tgk muka abah dia je mesti nk snyum. Kalu dia mnyusu lak, suka nk tgk muka umi dia je. Kalu dia tgh baring, pegang dua2 tgn dia, mesti angkt kpala nk bngun. Kalu dh bngun tu, terus nk brdiri! Kalu tgh main, smpai brguling2. Kalu gelak, abah dia je yg pndai bg dia gelak, tu pn tgk mood dia gak. Dgn sape2 pn skrg dia x kisah org nk pegang dia ke, nk dukung ke, nk brgurau ke, nk peluk cium ke.. Tp kalu kena misai janggut tu dia rimas skit. Kalu brckp, asal ada org mlayan, mmg rancak! Maklumla, umi & abah dia pn kuat brckp gak. Hehehe.. Sape yg pegang dia mmg geram kt dia sbb otot bdn dia kuat, mcm abah dia. Senang citer, anak abah lah! Apa pun skrg, tgk dia mmbesar dpn mata mmg satu pngalaman yg amat brharga. Skrg baru la tau betapa besar jasa mak abah yg lahirkn & besarkn kita slama ni. Aku brdoa smoga Nur Azmina akan jd anak yg solehah selamanya. Amin.

yes, finally…

March 14th, 2008 by az82

Alhamdulillah.. yes, finally.. i’ve got what i want, a cute little baby and a caring hubby. but since i’ve been away for 2 months from work, so it’s quite busy nowadays with all the workloads. truly, i’m so happy now though i can say i am all out exhausted, almost everyday, taking care of my baby, hubby, workplace, families, friends, and myself. thank Allah, i am blessed with all the people who cares about me, all around me.

aarrgghh.. it’s all about camera!

September 3rd, 2007 by az82

first of all, i really love all about photos; photograph, photography, photostate, photocopy, photosintesis, photoshot, photographer.. oopss, hehehe.. but it’s been a while we haven’t got any new photos, and it’s all because of camera. yup, we do have one old-fashioned automatic camera that use with film, one digital camera that use alkaline battery and one digital camera that use li-ion battery which hard to get its brand new one for spare and even its charger everywhere. aarrgghh.. it’s all about camera! last august 2007, me and hubby went to Bukit Tinggi, Pahang for our second honeymoon. and guess what, we didn’t bring back the memories as we didn’t bring the camera! it’s just because my bro-in-law borrow the alkaline-camera and we lost the charger for the li-ion-camera. and i just found out that the film-camera is no longer can be used. i’m all out stressed!

sudoku

May 10th, 2007 by az82

salam & hi! well, saje je nk citer skit psl sudoku. la ni aku dh jd addict kt sudoku. ni smua bos aku punye psl. dia lg giler sudoku smpai menang hadiah! dia la punca aku jd addict sbb siap ajar aku cmne nk main, siap bg photocopies smua psl sudoku psl dia menang buku sudoku. pstu siap citer psl sejarah sudoku, dr mula smpai la jd hot game kt malaysia nowadays. bos aku mmg sporting, hehe.. to me, sudoku is the best for now. lg best dr main game yg org dok kemaruk main kt intrnet, cyber cafe or their own mobile phone. mmg mncabar minda. paling best, main time nk tdo. bila otak dh penat, cpt je rasa ngntuk. hehe.. sudoku lebih best main guna pensil dan kertas drpd download kt intrnet atau msuk handphone sbb kita boleh put note while still thinking how to proceed. mcm yg aku download dr intrnet, kalu salah jln dia highlight nombor yg salah tu. x syok la cmtu. tp luckily aku boleh print out dr stage very easy, easy, medium, anon, hard smpai very hard. baru la advanture! bagi korg yg tgh cari game yg mncabar minda, aku suggest try la sudoku. bg aku mmg best giler! tp mgkn lmbat-laun kita cpt bosan atau pening dh nk main psl asyik tgk nombor je. ada gak species sudoku yg pkai nombor dan abjad. tu aku x reti main. x minat nk discover yg lain buat masa ni. ok lah, till meet again in the next blog. bye!

Hitam Putih Kehidupan

March 28th, 2007 by az82

Lihatlah sekitar alam
Dunia luas terbentang
Langit tinggi kebiruan
Pohon-pohon kehijauan
Hembusan bayu yang menyegarkan

Dengarkan di sana-sini
Beburung riang menyanyi
Bebunga aneka warna
Sumber kedamaian jiwa
Ku syukuri nikmat Maha Esa

Begitu berharga kehidupan ini
Bagi mereka yang tahu menghargai
Mengapa terdorong oleh perasaan
Kalau turutkan hati diri menjadi korban

Tiada yang dapat lari dari masalah diri
Hadapilah dengan tenang
Tiap cabaran yang datang
Atasinya dengan keimanan

Sekadar buat renungan
Untukmu teman tersayang
Hitam putih masa depan
Sendiri yang menentukan
Hidup ini usah persiakan

always… still

January 16th, 2007 by az82

people always say

remember the day

we took our way

to come what may

but still we bear

someone who care

always be there

anyhow anywhere

so here we are

outside the bar

though seem so far

but still above par!

life is a key

open and free

for there always be

you and me